Dia
Baik, penyayang, aku teramat suke kat die.. malah die yang lama bertapak di hati ini. tp aku tak boleh dgn dia kerana sudah sedia ada dan cukup semuanya..Bila-bila pon aku tetap ingatkan dia.. Cuma bukanlah dengan dia yang telah punyai 1 yang masih suci dan rusuk kiri yang taat dan tidak pernah aku jumpa sebaiknya..
dIa
Mengatakan diri sudah cukup pengalaman serta kenal dengan diri sndiri..dah dewasa.. putus cinta, putus tunang dan berpisah tidak sebumbung lagi.. tp pengalaman yang macam itu buatkan dia tak mau berkomitmen. Hari-hari depan mata.. hari-hari menambah sakit di dada, hari-hari perlu mendengar suaranya, hari-hari perlu terserempak dengan dia.. dia.. biasa saja.. aku.. sakit teramat sangat..tp jauh di sudut hati aku sayang dia.. motif? Entah…mungkin kerana kesian sbb apa yang dia banggakan itu bukanlah apa yang dia mahukan..
diA
Tiba-tiba datang muncul kembali katanya dengan niat untuk menebus kesalahan lalunya. Sedangkan dia sudah mempunyai 3 yang masih suci dan rusuk kiri yang cantik, alasan muncul kerana mencari dari dahulu.. Kehendak yang muktamad untuk menebus kesalahan lalunya adalah sebagai andalan diri sedangkan rumah sendiri sedang bergolak. Mana mungkin aku akan terusan melayan niatnya sedangkan dia lah punca segala punca aku jadi begini. Di mana dia tika aku perlukannya, kemanakah dia saat aku
Dia, dIa dan diA.. bukan mudah nak lupakan setiap ‘DIA’ itu. Bukan susah untuk terima setiap ‘DIA’..dan juga bukan hal picisan setiap ‘DIA’..jalan terbaik cari ‘dia’ selain setiap ‘DIA’.. tapi…. Mampukah ‘dia’ yang baru seperti ‘Dia’ tidak seperti ‘dIa’ dan bukan antara ‘diA’.



0 comments:
Post a Comment